Monday, 24 December 2012

wahai roommates ku...

September 2012...

bermula la kehidupan ku di UiTM Jengka.

and now, December 2012, dah nak habis satu sem aku belajar kat sini.

okayyy.. post aku kali ni aku nak buat luahan hati. aku pendam sejak akhir2 ni.
pasal apa? pasal roommates.
kenapa? diorang buat salah ke? yes. diorang buat salah. diorang buat aku sayang diorang sgt2. haha ><

aku sedih sbb, next sem semua kene duduk luar kampus. means, aku akan berpisah dgn roommates aku.
yela... masing2 mesti la nak duk satu rumah dgn classmates masing2 kan. senang nak buat assignment bagai.
kolej, kenapa kitorang kene duduk kat luar kampus :'(

sedih la sebab.. kitorang dah macam satu family. mcm2 kitorang share. makan bersama. lepak malam2 dalam bilik. gosip sama2. joging sama2. photoshot sama2. solat jemaah. minum teh tarik 3 in 1 sama2. kelam kabut time nak pergi kesatria. haha.  and byk lagi aktiviti kitorang.
aku ingat lagi masa awal2 kitorang jadi roommates. kitorang makan KFC sama2. time tu, semua diam. pemalu la konon kan. hahha.
lama2...amik kauuuu. kami saja yg tau perangai sebenar kami, haha.
tapi tu la yg menyebabkan aku sayang diorang.

aku xtau mane lagi nak cari rommates mcm diorang ni. eh tak. mane lagi aku nak cari FAMILY mcm diorang ni :')

aku xtau nak tulis ape lagi. yang pasti, sumpah aku sedih sbb xleh bersama dgn diorang as roommates. aku tau, next sem mesti payah nak jumpa. masing2 kos lain2. lain la kalu ada kesatria yang akan menyatukan kami *tangan ke bahu, mata ke atas* haha


dear roommates,
imah tau imah bukan roommate yg baik. imah malas. imah byk cakap. imah kuat membebel. and banyak la lagi sifat negatif imah ni. tapi imah sayang korang sgt2. seriously. thanks tau sbb sudi berkawan dgn imah. terima imah.
sumpah imah cakap, imah seronok sepanjang jadi roommates korang.  SANGAT SANGAT SANGAT! and terus terang jugak imah cakap, imah sedih sbb next sem kita dah x jadi rommates dah. SANGAT SEDIH :'(
kalau diberi peluang, kalau ada kuasa, imah nak kite still jadi roommates. tapi apa kan daya....kite hanya student kat situ. student biasa yg sentiasa berhati-hati dgn UPK. nak jemur kasut kat pantri pon x berani. haha. okay dah.

zulaika, hidayani, shafiqah, fathiah and kak bai.....
I LOVE YOU :')

gelang kami :)
bajet gangster sume. haha











first kesatria


terima kasih roommates, sisters :')


p/s : kami rock tapi kami muslimah.

haha. terima kasih kerana membaca. 
bye
Assalamualaikum.

Saturday, 1 December 2012

mock meeting ^^

hey u olls. i know i agak ketinggalan coz baru nak post pasal mock meeting ni coz people already talked about it weeks ago. haha. maklum la... i'm a 'housewife' so i don't have time to post new blog. so many things to do. basuh baju, jemur baju, lipat baju, layan anak2, layan suami lagi #ehhhhhh *tangan ke bahu, mata ke atas, lidah terjelir*
well... back to the topic, MOCK MEETING.

the company that we have created is TOYS GALAXY SDN. BHD. jual apa? of course la toys kan. toys for all ages.
okay....the preparation for the mock meeting was so........ i don't know what to say. for sure PENAT kan. sangat penat. lebih2 lagi saya jadi SECRETARY. fuhhh lagi la... luckily i love typing and i'm good in typing *tangan ke bahu, mata ke atas, lidah terjelir* ye..sy memang suka menaip. tapi tugas secretary tu payah kot. nak buat minutes meeting, agenda, notice of meeting lagi. luckily, my group members helped me with those freaking things. oh yeah. forgot to mention about my group members.
GROUP MEMBERS : kamil (chairman) , kak bai ( HR manager ), syera (product manager), kak ain (senior safety advisor), kak shima ( marketing manager), mera ( finance manger) and me,the cutest secretary. #ehhhhh. hahha. okay dah.
proses nak menyiapkan semua dokumen tu kan, MasyaAllah.... sabor je la. so many mistakes. banyak kali sy kena taip. kurus tau jari ni. hahaha. tapi, Alhamdulillah.. with the group members' commitment, we managed to finish all documents needed  for the mock meeting.

on 23rd November......
bermula la mock meeting kami.
even though there were some mistakes in our presentation, but we managed to cover it. Alhamdulillah. yang lagi terharu, our madam cried. she said that we did a great job. not only my groups, the other groups also. sumpah terharu. speechless kot tgok madam nangis sbb bangga dgn kitorang. hehe.
tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada madam coz byk membantu kami dlm proses menyiapkan mock meeting ni. and paling penting, my group members. diorang banyak membantu. without their help, confirm aku masuk hospital. ingat senang ke tugas secretary?? hahaha.

here are some pictures during the mock meeting...



ni la ahli jawatankuasa TOYS GALAXY SDN. BHD.

ni la secretary. mata lebam x tido. haha

ni pulak... abg iwan tgh tido. org present dia tido. 




abe. CEO.


our lovely madam, puan naliza <3











sori. xde gambar group lain. maaf ye.
well... that's all. thanks for reading. muahhhh


Sunday, 16 September 2012

no matter where you are, BERSYUKUR.

-ijazah sarjana muda pengurusan sistem pejabat (kepujian)
-UiTM Jengka, Pahang.

fuhhhhhh.... terkejut. terkejut. terkejut. kecewa.
why? mmg la. i was expecting dpt TESL. i want to further my degree in TESL so badly. NAK SANGAT!

bila dpt keputusan UPU tu... terkejut. semuanya terpesong dari ape yg sy nak.
course lain.. tempat lain..
at first, i was very sad. kalau boleh nak sambung TESL kat IPTS.

pastu nak sgt kat UiTM Shah Alam. sbb ramai kwn2 yg boleh UiTM Shah Alam. kat Jengka ni hanya saya dan kawan sy yg lagi sorang, Syera Hamzah. mujur la ada dia.

tapi.. saya teringat kat kat kawan2 sy yg x dpt rezeki utk smbung blaja. then terus terfikir...
diorang x dpt. tapi sy yg dapat rezeki ni, xnak pulak. x bersyukur. x nak pergi.
Alhamdulillah.. x lame lepas tu sy dapat terima dgn hati yg terbuka. sy terima course tu. sy terima tempat tu :D

masa mula2 tu nervous la jugak nak blajar kat Jengka ni. sbb dgr org cakap macam2 kan. maklum la...sy ni plak jenis yg suka shopping2. bersosial. berhibur. karoke la. wayang la. tpi sy cuba kuatkan semangat. mungkin tu la hikmah nye sy dpt kat Jengka ni.

sampai kat Jengka, wooooooooo best bro! xde la teruk. syok weih. dapat pulak kolej baru, bilik baru, lawa siot. roommates saya (kak bai, yan, iqa, zu, fathiah) sume nye best2. diorang sporting. diorang baik. semua nya alim2. Alhamdulillah. boleh la diorang bimbing saya menjadi lebih baik. boleh la diorang ajar saya. see.... banyak yang positif nya.

now...dgn hati yg ihklas, i wanna say that i'm happy here. sy enjoy. SERONOK! setakat ni enjoy la..sbb belum ade assignment lagi. huhu. nnti sape2 yg boleh UiTM Jengka, jgn gelabah okay. best kat sini :D

tapi.. UiTM Kuantan tetap di hati. tetap di ingatan. kampus kecik tu byk bagi sy sweet memories. kat uitm just ade 2 course je. tesl n undang2. so...kami mmg rapat mcm adik-beradik la. seriously....uitm kuantan mmg unik. rindu tahap maksimum kat uitm kuantan. RINDU. kalau boleh nak sgt blajar balik kat sana. :')

conclusion nya....both UiTM Kuantan and UiTM Jengka, sy sayang. Alhamdulillah. bersyukur coz masih diberi peluang utk menjadi pelajar UiTM. bersyukur coz masih diberi peluang utk belajar. Alhamdulillah.

kawan2, no matter where u are, jgn bersedih okay. bersyukur coz we still have this chance to further our studies. jgn nak kutuk2 tempat yg korang dpt tu, jgn nak kutuk kwn2, jgn murung, just be happy. can u imagine if we didn't get these opportunities? mesti sedih kan. so...please. BERSYUKUR. ade hikmah. Allah dah berikan yang terbaik untuk kite. ALHAMDULILLAH.



saya, NUR HAMIMAH BINTI MOHAMAD ALI akan belajar dgn bersungguh-sungguh di UiTM Jengka dalam bidang Pengurusan Sistem Pejabat dan akan cuba mendapatkan keputusan yang cemerlang. InsyaAllah :)

*terima kasih coz sudi membaca aku pokpekpokpekpokpek. kalau ade salah dan silap, sila tegur. jgn maki2. jgn cakap belakang.*
bye bye. Assalamualaikum ^^

Saturday, 28 July 2012

aku suka dia ^^

Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia


=)

Sunday, 17 June 2012

aku manusia lemah


Aku manusia lemah
Terlalu senang diriku tergoda dengan hawa nafsu sendiri
Terlalu senang diriku terjebak dengan kreativiti syaitan
Terlalu senang diriku lalai di sisi Allah
Aku manusia lemah
Diriku menangis bila mengenang nasib
Diriku gembira tatkala mendapat apa yang diingini
Sedangkan apa yang daku inginkan bukanlah yang terbaik buatku
Dan aku menyedari kesilapan itu, namun ku tetap gembira
Aku manusia lemah
Sekejap aku sedar akan kealpaanku terhadapNya
Daku menangis memohon keampunan
Namun diriku bagaikan mudah kembali ke kesesatan
Dan memang benarlah keimanan seseorang boleh naik & turun bagaikan tiada plateaunya
Aku manusia lemah
Aku jijik dengan perangaiku yang mudah lupa akan keEsaanNya
Aku benci dengan diriku yang sering lupa akan Rasulku
Aku muak dengan akal fikiranku yang sering berkhayal
Aku manusia lemah
Ya Allah, kembalikanlah daku ke jalan yang benar
Ku mohon Kau tunjukkan kepadaku jalan yang Kau redhai
Berikanlah aku Nur HidayahMu, Ya Allah
Tetapkanlah keimanan yang teguh dalam diriku
Ku pohon keampunanMu
Ku pohon keredhaanMu
Ku pohon keberkatanMu
Ku pohon ma'rifahMu
Aku manusia lemah
Lemah selemah-lemahnya
Astaghfirullahalazim...
forgive me...
*copy paste from artikel iluvislam. ingatan utk diriku dan semua :)

Sunday, 10 June 2012

Berfesyenlah ikut acuan Allah, sang bidadari.


Pasti semua nak jadi bidadari yang anggun dan cantik di pandangan mata. Berwajah mulus, putih jernih, hidung mancung, badan fit, semua nampak cantik dan perfect. Agak-agak kalau tengok pelakon wanita korea, boleh ke kategorikan mereka ni bidadari dunia?
Mukminat solehah itu lebih anggun daripada bidadari syurga
Kalau baca surah Al- Waqi'ah pun, bidadari syurga ini digambarkan oleh Allah dgn perumpamaan yang sangat menarik. Tapi, secantik apa pun para bidadari syurga ini, wanita Mukminat jauh lebih cantik daripada mereka; iaitu orang yang memelihara auratnya, membasuh mukanya setiap hari dengan wuduk , melaksanakan solat dan taat akan suaminya demi redha Allah
Fesyen acuan Allah:
1) Pakaian taqwa
"Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup aurat (keaiban) kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa ialah pakaian yang terbaik".
(Al A'raf: ayat 26).
Pakaian ni Allah rezekikan pada kita, lelaki dan perempuan dengan tujuan untuk menutup aurat (keaiban) kita dan juga sebagai pakaian perhiasan badan. Dan pada akhir ayat ini, Allah menekankan bahawa PAKAIAN TAQWA itu pakaian terbaik, iaitu pakaian yang menunjukkan iman kita pada Allah. Jadi, setiap kali nak keluar bilik, pandanglah cermin dan tanya pada diri, "Adakah pakaian aku ni tunjukkan iman pada Allah?". "Andainya Rasulullah ada bersama sekarang ni, apa yang patut aku pakai? Sesuai ke aku pakai macam ni?".

Insya Allah, kalau pakaian kita ni ikut syari'at, setiap saat kita berpakaian itu dikira ibadah kerana ia salah satu suruhan Allah. tak gitu? 
2) Labuhkan tudung bawah dada
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada perkara haram), dan memelihara kehormatan (keaiban) mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (zahir) daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka..."   
(An Nur:31)
Ya. Jelas sekali Allah ajar kita supaya labuhkan tudung hingga ke dada. Tak semestinya pakai tudung labuh bulat tu.
Kalau nak pakai selendang lilit-lilit pun, boleh sahaja. Tapi, carilah selendang yang tak jarang dan panjang. Lilitlah sekreatif mungkin asalkan menutupi dada.
Nak pakai tudung ariani pun, pakailah. Tak pun tudung hana tajima, pakailah. Tapi carilah yang sesuai dengan tubuh kita, biarlah ia labuh menutupi dada dan tak melekit menampakkan bentuk badan.
Nak pakai tudung bawal pun, pakailah. Tapi pastikan ia tak jarang dan labuh tutup dada. Tapi kalau kat rumah dah berlambak ada tudung bawal yang nipis, takkan nak buang kan. So, pakailah inner di dalam tudung tu supaya leher dan rambut kita tak kelihatan. Biarlah aurat kita ni ekslusif untuk suami tercinta.
3) Tidak nipis dan ketat
Sabda Nabi: "Akan datang umat akhir zaman terdiri daripada wanita yang berpakaian, tapi bertelanjang dan atas kepala mereka berbonggol seperti belakang unta. Mereka ini dilaknat Allah dan tidak dapat mencium bau syurga" 
(Sohih Bukhari)
Berpakaian, tapi hakikatnya bertelanjang. Inilah dinisbahkan bagi perempuan yang pakai ketat dan nipis hingga menampakkan bentuk badan.
Bidadari hari ni ramai bertudung, tapi tak jaga aurat. Ya, mereka bertudung, tapi pakai baju t-shirt ketat, jean ketat, tudung pendek atas dada dan jugak nipis. Sangat terikut dengan fesyen barat. Jangan salah sangka, bertudung itu tak sama dengan tutup aurat.
Kalau dah bertudung, tapi masih berpakaian seksi, itu tak dipanggil menutup aurat. Fesyen acuan Allah bukan begitu, sang bidadari.
Allah ajar kita tutup aurat, bukan bungkus ataupun tudung aurat. Awas! Kalau kita ni jenis pakai baju seluar ketat, hakikatnya, kita bukannya tutup aurat, tapi sedang membungkus aurat. Dan kalau kita ni jenis pakai baju dan tudung nipis, hakikatnya kita sedang menudung aurat, macam tudung saji. Boleh nampak apa yang ada di dalamnya.
Jadi, kalaulah kita ni tergolong dalam 2 golongan ni, ayuhlah berubah. Berfesyenlah ikut acuan Allah, pasti bahagia.

Stigma bila bertudung
Mungkin ada orang kata,
"Don't judge a book by its cover. Main aci redah je nak hukum orang tu bertaqwa ke tak. Belum tentu orang pakai tudung tu bertaqwa. Allah je yang boleh nilai hati kita. Tengoklah hari ini, ramai je yang bertudung, tapi perangai buruk. Pakai seksi, tapi perangai baik".
Ya, saya sokong. Jangan hukum seseorang tu berdasarkan luaran. Tak semestinya perempuan bertudung itu baik, tapi perempuan yang baik sudah tentu bertudung kan? Perempuan baik sudah tentu taat perintah Allah kan? :)
Formula yang mudah= aurat = (عورة) keaiban
orang yang buka aurat = orang yang buka keaiban diri
Mungkin sesetengah bidadari tak rasa aib dedahkan aurat di dunia, malah mereka kagum dengan kecantikan badan dan rambut mereka. Tapi jangan lupa bidadari, hidup kita bukan di dunia saja, tapi kita akan melalui persidangan di mahkamah mahsyar nanti.
Pada waktu itu, tiada siapa pun yang dapat bantu kita, hanya anggota badan yang akan jadi saksi untuk berhujah di hadapan Allah Ta'ala nati. Rambut akan mengadu bahawa si fulan binti si fulan ini tidak menutupnya daripada pandangan bukan mahram. Anggota badan akan mengadu bahawa tuannya sering menayangkan bentuk tubuh badannya dengan berpakaian ketat ketika di luar rumah. Maka, bersedialah tuan empunya badan. Anggota badan yang kita kagumi di dunia ini dulu, telah memboikot kita dengan mendedahkan keaiban kita kerana melanggar suruhan Allah. Siapa kita untuk melawan syariat Allah?
Jangan rasa berat untuk ikut syariat Allah. Jangan rasa beban untuk tutup aurat dengan sempurna. Percayalah, kasih Allah pada kita lebih daripada kasih sayang mak ayah pada kita. Ibu ayah tak bagi kita keluar sorang diri sebab takut kena ragut. Jadi, Allah tak bagi kita dedah aurat, pasti ada kebaikannya. 
Semuanya bergantung pada kita. Kalau rasa tak kuat untuk berubah, carilah kekuatan itu. Timba ilmu, banyakkan solat, rujuk orang yang alim. Bukan sekadar berkata:
"Aku belum dapat hidayah lagi. Hati aku belum ikhlas lagi untuk lakukan perubahan ni. Aku tak nak jadi hipokrit !".
Stop drama itu. Allah yang cipta kita, pasti Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya, Allah sangat menyayangi wanita.
Berfesyenlah ikut acuan Allah, sang bidadari.
pasti selamat duniawi ukhrawi :)
Untukmu bidadari, kecantikan bukan untuk dikongsi semua lelaki,
tapi hanya untuk lelaki bergelar suami :)

*copy paste from artikel iluvislam.com. 
peringatan utk diriku dan semua :)